Lurus lubang lurus penjolok. | Pemerintahan dalam sesuatu negara itu haruslah adil, walaupun keras hukumannya. penjolok = galah untuk menjolok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas. | Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kucing menjemput api). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kucing menjemput api. | Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |