Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
perahu (kata nama)
Bersinonim dengan sampan, gurap, sambuk, sagur, biduk, baluk, tongkang, sekoci, selob, selup;,
Kata Terbitan : berperahu,

Puisi
 

Perahu belayar menyusur arus,
     Patah kemudi susur di pantai;
Baik cari cindai yang halus,
     Alah beli menang dipakai.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Perahu papan bermuat intan.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).

 

Lihat selanjutnya...(39)

645

A word spoken is past recalling

Fikir dahulu sebelum bercakap kerana kata yang terlepas dari mulut tidak boleh ditarik balik.

Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik.

I regretted launching such a hurtful remark, but a word spoken is past recalling. I faced the consequences when I was suspended from work.

Saya menyesal kerana menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. Saya menghadapi padahnya apabila saya digantung kerja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Perahu satu nakhoda dua.Perempuan yang menduakan suaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Pelesit dua sejinjang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Perahu papan bermuat intan.Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Perahu bertambatan, dagang bertepatan.Melakukan sesuatu hendaklah sesuai dengan tempatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buruk perahu buruk pangkalan.Tak mahu lagi menginjak rumah isterinya atau tempat bekerja yang telah ditinggalkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai perahu karam sebelah.Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat perahu takkan karam sebelah.Kaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Padang perahu di lautan, padang hati di fikiran.Fikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak.Dua pihak yang berselisih akan berbaik kembali bila pengacum telah tersingkir. (Peribahasa lain yang sama makna: Biduk lalu kiambang bertaut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik.Sebelum mengeluarkan perkataan hendaklah difikirkan lebih dulu, sebab kalau sudah terlanjur tak dapat ditarik kembali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak mengayuhkan perahu tertambat.Hendak kahwin dengan perempuan yang masih dalam edahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas