| Perang bermalaikat, sabung berjuara. | Kita boleh berusaha tetapi Tuhan yang menentukan kalah menang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hendak ucok (= damai) dilawan damai, hendak perang giling peluru. | Bersedia menghadapi segala kemungkinan. ucok = berunding mencari jalan damai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau tak takut akan mati, tak sedunia perang; kalau tak takut akan alah, tak sedunia sabung. | Berperang dan menyabung merupakan pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Di laut angkatan, di darat kerapatan. | Kekuatan di laut bergantung kepada angkatan perang, kekuatan di darat bergantung kepada persatuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lading tajam sebelah. | Selalu mahu menerima pemberian, tetapi segan memberi. lading = sebangsa perang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti penjajap berpaling hendak hilir. | Perempuan yang berjalan keluar dari rumahnya, hebat dan menarik. penjajap = kapal perang orang Melayu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |