Terpijak di tanah kapur, putih tapak; terpijak di tanah arang, hitam tapak. | Perbuatan baik, baiklah akibatnya; perbuatan jahat, jahatlah akibatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hidung dicium, pipi digigit. | Kasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang tapak tukul, timbul tapak canai. | Perbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya. tukul = pemukul kecil; canai = asah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir. | Perbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau baik disebut orang; kalau jahat, jahatlah. | Perbuatan yang baik akan disebut baik, perbuatan yang jahat akan disebut jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengukur baju di badan sendiri. | Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengenakan baju di badan maka sesuai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengenakan baju di badan maka sesuai. | Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buaian diayun anak dicubit. | Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buaian pun digoncang, anak pun dicubit. | Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.) | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pulai berpangkat naik, manusia berpangkat turun. | Manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |