| Jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir. | Perbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengukur baju di badan sendiri. | Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengenakan baju di badan maka sesuai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengenakan baju di badan maka sesuai. | Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Busuk berbau, jatuh berdebuk. | Perbuatan yang buruk lambat-laun akan ketahuan juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |