Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pertuturan: segala ~ dan tingkah lakunya telah menjadi beradat benar; 2. pembicaraan, perbualan, perundingĀ­an: kemudian drpd itu ~ antara kedua-duanya melarat kpd beberapa perkara yg lain; 3. apa-apa yg dicakapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 perbuatan atau hal bercakap; perbualan: ~ dan tingkah lakunya sopan dan tertib sekali. 2 apa-apa yg dipercakapkan: ~ mereka melarat dr satu perkara ke satu perkara hingga larut malam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata percakapan.

Peribahasa

Bagai puyuh laga.

Bermaksud :

Percakapan yang tak pernah habis.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Percakapan sejengkal dibawa sehasta.Perkhabaran yang sedikit ditambah-tambah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai puyuh laga.Percakapan yang tak pernah habis.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berseleleran bagai getah di lalang.Percakapan atau pembicaraan yang tidak keruan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecek bagai bunyi merendang kacang.Percakapan yang berleler, sehingga susah untuk difahami maksudnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kuda kencing di papan.Percakapan yang tiada tentu hujung pangkalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunyi semacam kumbang menyeri bunga.Bunyi percakapan yang lemah antara kedengaran dengan tiada.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memetik kecapi bertali sumbang, seperti serunai berbunyi gambang.Percakapan yang tidak jelas sehingga menimbulkan salah faham orang yang mendengarnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebab mulut leher terjerat.Kecelakaan yang timbul kerana percakapan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tua-tua telur ayam.Hanya tua sedikit saja (biasa dipakai untuk merendahkan diri dalam percakapan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas