Mencabik mudah, menjahit susah. | Mencari perselisihan mudah tetapi mencari perdamaian susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mudah luka payah sembuhnya. | Mencari perselisihan sangat mudah, tetapi mencari perdamaian sangat sukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Habis adat kerana kerelaan. | Adat dapat diubah atau ditiadakan oleh muafakat, dengan persetujuan atau perdamaian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bermimpi mendapat emas, takkan membuat pura; bermimpi mendapat padi, takkan membuat lumbung. | Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Didenda dengan emas yang habis, dipancung dengan pedang yang hilang. | Didenda atau dihukum hanya dengan syaratnya saja kerana mencari perdamaian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |