Bunga dipetik, perdu ditendang. | Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Daun 'lah melayang, buah jatuh ke perdu juga. | Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana buah masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri. | Orang tua yang sudah uzur sewaktu-waktu mungkin mendapat sakit berat. lum = ranum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga. | Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunganya dipersunting, pangkalnya diberaki. | Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga dipetik, perdu ditendang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |