Pergi ke telaga terlupa membawa timba, timba yang dicari dapat yang tiada bertali. | Jalan-jalan mendapat keuntungan ada, tetapi kerana lalai maka keuntungan itu hilang begitu saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pergi ke pulau batu digalas. | Sengaja mencari kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pergi berempap, pulang eban. | Tidak kalah dan tidak menang. berempap = berjudi dengan melemparkan wang ke atas; eban = heban (membanting dengan kedua belah tangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Datang nampak muka, pergi nampak belakang. | Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Datang tampak muka, pulang tampak punggung. | Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Disuruh pergi dipanggil datang, bekerja kerana perintah, berhenti kerana tegah. | Patuh menurut perintah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak pergi berotan jangan takut onaknya. | Hendak membuat sesuatu pekerjaan yang besar, janganlah takut menghadapi percubaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pergi lepat balik lempeng. | Pergi dengan modal yang banyak, balik dengan kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pergi lempeng balik lepat. | Pergi dengan modal yang sedikit, balik dengan keuntungan yang banyak. lempeng = penganan yang tipis dan pipih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai si kudung pergi berbelut. | Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai si buta pergi bergajah). berbelut = menangkap belut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |