| Jaring berbangkit kuaran tiba. | Perhitungan yang salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Getah terbangkit [= diangkat] kuaran tiba. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Getah terbangkit (= diangkat) kuaran tiba. | Perhitungan yang salah. kuaran = burung kuak-kuak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Air mudik sungai, semua teluk diranai. | Orang pemboros berbelanja tanpa perhitungan. ranai = jalani (boleh jadi ranahi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya. | Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |