Seperti gerup dengan sisir. | Perhubungan yang amat mesra (tentang persahabatan dan sebagainya). gerup = suatu alat tenun, tempat meletakkan sisir. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tegang tidak, kendur tidak. | Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti hulam (ulam) dengan sambal. | Tentang perhubungan lelaki dan perempuan yang sama-sama jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencari yang sehasta sejengkal. | Menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kaum kerabat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak resan kunyit, resan serai. | Tidak ada perhubungan keluarga walaupun dulunya kelihatan sebagai satu keluarga (orang-orang yang berselisih). resan = rasa dengan lidah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berhubung kerana hendak panjang, berkampuh kerana hendak lebar. | Perhubungan kekeluargaan melalui perkahwinan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tali terentang tidak putus, sangkutan tergantung tidak rekah. | Pertalian keluarga kerana perhubungan perkahwinan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berinduk semang kepada janda, bagai dokoh tali anjing. | Orang yang masih membuat perhubungan dengan jandanya ialah suatu perbuatan yang dicerca oleh orang ramai. dokoh = perhiasan leher; induk semang = perempuan yang punya rumah tempat orang menumpang; orang yang memberi pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Degar-degar merapati. | Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi; adat tiada bertukar, rahsia tidak berubah. | Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |