Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.jan.jian] | ڤرجنجين

Definisi : 1. persetujuan yg dibuat antara dua pihak atau lebih, permuafakatan: Malaysia telah menandatangani satu ~ per­da­gangan dgn Korea Selatan; ~ jual beli; ~ program persetujuan bertulis antara dua pihak (biasanya pihak pelaksana aktiviti dsb dgn pihak yg mempunyai kuasa utk meluluskan kewangan) bagi melaksanakan sesuatu aktiviti (program dsb) mengikut jumlah peruntukan yg diluluskan; 2. Id wasiat (kitab suci); Kitab P~ Lama Kitab Taurat; Kitab P~ Baru Kitab Injil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.jan.jian] | ڤرجنجين

Definisi : 1 hal atau perbuatan berjanji (bersetuju) ttg sesuatu; permuafakatan; persetujuan: ~ perdagangan antara Malaysia dgn Negeri China telah ditandatangani. 2 kontrak; syarat: dgn tiada ~ dgn tidak bersyarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
janji (kata nama)
1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,

2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,

Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian,

Peribahasa

Digantungkan tinggi,
     digalikan dalam.

Bermaksud :

Perjanjian yang diperbuat dengan syarat-syarat yang teguh.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bertampuk bertangkai.Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Digantungkan tinggi, digalikan dalam.Perjanjian yang diperbuat dengan syarat-syarat yang teguh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggenggam erat, membuhul mati.Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pahit dulu, manis kemudian.Perjanjian hendaklah dibuat dengan syarat-syarat yang terang dan tegas; supaya jangan timbul perselisihan di kemudian hari.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing.Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati.Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggenggam erat, membuhul mati).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang terpegang pada hulunya, awak terpegang pada matanya.Dalam perjanjian, syarat-syarat orang lebih kuat daripada kita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja.Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas