Panjang langkah, singkat permintaan. | Telah sampai ajalnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lidah terkalang. | Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lidah terganjal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lidah terganjal. | Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Merawal menulang bukit, cerana menengah kota. | Tanda yang nyata bahawa seseorang itu hendak memajukan sesuatu permintaan. merawal = panji-panji. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah. | Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |