Hulu malang pangkal celaka. | Permulaan segala bencana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bolehkan digabus sebelum diasah? | Sesuatu pelajaran hendaklah dimulai dari permulaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbilang dari esa, mengaji dari alif. | Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kelarai sesat taja. | Sesuatu pekerjaan yang sudah salah dari permulaannya. kelarai = corak anyaman; taja = permulaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal. | Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbilang dari esa, mengaji dari alif). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |