| Tak pernah masuk gelanggang bergung. | Tercengang-cengang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belalang disangka elang. | Tiada pernah melihat sesuatu yang lebih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai dakwat dengan kertas. | Tak pernah bercerai; sangat cocok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai beliung dengan asahan. | Tidak pernah berpisah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai puyuh laga. | Percakapan yang tak pernah habis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laksana sampan pukat. | Orang yang tidak pernah keluar jauh dari tempat kediamannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sekali tersengat, selalu beringat. | Orang yang telah pernah menderita kesusahan (kecelakaan), maka berhati-hatilah ia dalam semua gerak-gerinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali dipatuk ular, tali pun ditakutkannya juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bermayang-mayang menjadi mumbang. | Selalu mengandung tetapi tidak pernah mendapat anak kerana keguguran atau anaknya itu mati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai ayam dibawa ke lampok. | Orang yang tak pernah masuk majlis. lampok = onggok padi sesudah disabit; limpap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bekas tertarung lagi terkenang, apa pula hubungan nyawa. | Tiada pernah lupa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |