Seperti keroncor dengan belangkas. | Persahabatan yang karib. keroncor = ketam besar jantan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berlapik seketiduran, sebantal sekalang hulu. | Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni. | Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berpatah arang berkerat rotan. | Memutukan tali persahabatan (persaudaraan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berlompat sama jatuh, menyorok sama membongkok. | Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek, b. Berlapik seketiduran, sebantal sekalang hulu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek. | Persahabatan yang sangat karib. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni. | Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek, b. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyelodok sama bongkok, melompat sama patah. | Persahabatan yang karib. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak kekal bunga dikarang. | Kekayaan (kemuliaan, persahabatan) sewaktu-waktu akan hilang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang. | Persahabatan atau perjodohan yang tidak sepadan tidak akan selamat; tiap-tiap orang mesti mencari golongannya sendiri, barulah sempurna. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |