Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.tu.juan] | ڤرستوجوان

Definisi : 1. pernyataan setuju (mem­perkenankan, membenarkan), pembenaran, pengesahan: pernikahan anaknya tempoh hari tidak mendapat ~nya; 2. sesuatu yg telah dipersetujui (oleh kedua-dua belah pihak), kata sepakat yg dicapai, perjanjian: akhirnya mereka mendapat ~ membuka kedai buku dgn modal lima puluh ringgit seorang; 3. perihal setuju, kecocokan, keselarasan, kesesuaian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.tu.juan] | ڤرستوجوان

Definisi : 1 per­nyataan bersetuju; pengesahan: Ia sudah mendapat ~ ketuanya utk bercuti panjang. 2 kata sepakat yg telah dicapai antara pihak yg terlibat; perjanjian: Kedua-dua belah pihak telah mencapai ~ dlm mesyuarat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Kundur tidak melata pergi,
     labu tidak melata mari.

Bermaksud :

Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Adat diisi, janji dilabuh.Adat harus dijalankan, persetujuan harus ditepati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari.Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang adat tegal muafakat.Adat kebiasaan boleh diubah asalkan ada persetujuan orang banyak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis adat kerana kerelaan.Adat dapat diubah atau ditiadakan oleh muafakat, dengan persetujuan atau perdamaian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis beralur maka beralu-alu.Mula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu. beralur = berunding.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas