Bulang sali kacak sama, tinggal lagi mujur malang. | Sama kuat sama teguh dalam pertandingan, alah menang bergantung pada nasib saja. sali = teguh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti denak mencari lawan. | Orang yang terlalu ingin berbuat sesuatu pekerjaan, terutama di dalam sesuatu pertandingan. denak = burung pemikat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |