Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tim.ba.ngan] | ڤرتيمبڠن

Definisi : fikiran atau renungan menge­nai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.tim.ba.ngan] | ڤرتيمبڠن

Definisi : hasil mempertimbangkan; perkiraan; pendapat: Permintaan tuan itu akan diberi ~ oleh pihak atasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Berhakim kepada beruk.

Bermaksud :

Minta pertimbangan (keadilan dan sebagainya) kepada orang yang tamak, nescaya akan merugi.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bersaksi ke lutut.Minta pertimbangan kepada orang yang bodoh; sahabat atau sanak saudara dijadikan saksi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berhakim kepada beruk.Minta pertimbangan (keadilan dan sebagainya) kepada orang yang tamak, nescaya akan merugi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak berperut lipat.Kurang pertimbangan atau kurang fikiran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak ajung berat sebelah.Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai limau masam sebelah, b. Bagai perahu karam sebelah). ajung = jung, sebangsa kapal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai perahu karam sebelah.Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai limau masam sebelah.Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau bangkai galikan kuburnya, kalau hidup sediakan buaiannya.Pertimbangan tentang buruk baiknya sesuatu itu hendaklah diperbuat sesudah kejadiannya berlaku.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pasang masuk muara.Terlalu mudah mencela; mengeluarkan kata-kata tanpa pertimbangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas