Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.su/] | ڤسوق

Definisi : 1. lubang kemik, lekuk (pd talam dll): ~ kopiahnya; 2. tembus, bocor (atap, tikar, dll): jika tikar ~, barang dua tiga lubang, tiada dipakainya; berpesuk-pesuk 1. berlekuk-lekuk, renyuk-­renyuk: ~ songkoknya; 2. berlubang-lubang, bocor-bocor; memesukkan menjadikan pesuk (kemik), melubangkan: ada yg ~ dinding, ada yg memanjat pagar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.su/] | ڤسوق

Definisi : 1 lubang pd periuk dll. 2 lekuk atau kemik pd topi dll. berpesuk-pesuk banyak pesuknya; berlubang-lubang; berlekuk-lekuk: Dindingnya ~. memesukkan membuat pesuk pd; melubangi; melekukkan: Ada yg ~ dinding dan ada yg memanjat pagar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pesuk

Peribahasa

Menggungkan gung pesuk.

Bermaksud :

Membanggakan kekayaan yang telah lalu.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mengisi gantang pesuk.Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggungkan gung pesuk.Membanggakan kekayaan yang telah lalu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai menampung air dengan limas pesuk.Tak dapat diberi ajaran atau nasihat. limas = takir; pesuk = berlubang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain rabak tegal dek lenggang awak, baju rabik tegal dek lenggok awak, kopiah pesuk tegal dek lonjak awak.Orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harap hendak melonjak, kopiah pesuk.Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengisi perian bobos.Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengisi gantang pesuk). bobos = berlubang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam.Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas