Mengisi gantang pesuk. | Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggungkan gung pesuk. | Membanggakan kekayaan yang telah lalu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai menampung air dengan limas pesuk. | Tak dapat diberi ajaran atau nasihat. limas = takir; pesuk = berlubang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain rabak tegal dek lenggang awak, baju rabik tegal dek lenggok awak, kopiah pesuk tegal dek lonjak awak. | Orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harap hendak melonjak, kopiah pesuk. | Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengisi perian bobos. | Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengisi gantang pesuk). bobos = berlubang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam. | Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |