| Peti yang berisikan emas perak itu tiada dilelehkan orang. | Pengetahuan tidak mudah dihamburkan di mana-mana saja. dilelehkan = dibocorkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jadi dinding lasak peti manian. | Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Anak kunci jahat, peti derhaka. | Suami yang jahat, lambat-laun akan ditentang oleh isterinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |