Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.jat.pi.jat] | ڤيجت - ڤيجت

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, Scolopsis vosmeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.jat.pi.jat] | ڤيجت - ڤيجت

Definisi : sj kutu yg busuk baunya, kepinding, kutu busuk; kerana ~ mati tuma prb mendapat kesusahan kerana bersahabat dgn orang jahat; marahkan ~ kelambu dibakar, tidur terdedah prb kerana takutkan bahaya yg kecil keuntungan yg besar dibuang akhirnya diri sendiri yg merana; ~ menjadi kura-kura prb orang kecil (hina) menjadi orang besar (mulia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.jat.pi.jat] | ڤيجت - ڤيجت

Definisi : , pepijat nama sj kutu yg busuk baunya; kepinding, Cimex lectularius. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pijat-pijat

Peribahasa

Kerana pijat-pijat mati tuma.

Bermaksud :

Mendapat celaka kerana berkawan dengan orang jahat, atau kerana kesalahan orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pijat-pijat telah menjadi kura-kura.Orang bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerana pijat-pijat mati tuma.Mendapat celaka kerana berkawan dengan orang jahat, atau kerana kesalahan orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Nyamuk lepas pijat-pijat kena pirik.Mendapat celaka kerana kesalahan orang lain. pirik = memipis, menumbuk lumat-lumat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan.Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tiada dapat di atasi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah.Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan tikus rengkiang dibakar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pijak-pijat hendak menjadi kura-kura.Orang kecil hendak menjadi orang besar. (Bandingkan dengan: Pacat hendak menjadi ular).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Marahkan tikus rengkiang dibakar.Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas