| Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk. | Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kasih sepantun tulisan pinggan. | Kasih yang tak hilang-hilang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nasi tak dingin, pinggan tak retak. | Cermat melakukan sesuatu pekerjaan. Biasa dijadikan gurindam; engkau tak ingin, aku tak hendak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ayam beroga itu, kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun ke hutan juga perginya. | Bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga kita akan negeri sendiri. ayam beroga = ayam hutan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Senduk dengan belanga lagi berlaga. | Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c. Senduk dan periuk lagi berantuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Senduk dan periuk lagi berantuk. | Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi. | Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |