Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.tar] | ڤينتر

Definisi : 1. cekap, pandai: datuk itu ~ orangnya; 2. banyak akal, cerdik, licin: orang yg kita hadapi itu lebih ~ dan lebih cergas drpd kita; 3. mahir dlm membuat sesuatu pekerjaan: tukang-tukang gambar dan pelukis-pelukis yg ~; mereka sudah ~ membuat baju sendiri; memintarkan menjadikan pintar; terpintar tercekap, terpandai; kepintaran 1. kepandaian; 2. kecerdikan; 3. kemahiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.tar] | ڤينتر

Definisi : 1 banyak akal lagi cerdik; pandai; bijak: Dia memang murid yg ~. 2 mahir melakukan sesuatu pekerjaan: Dia belum berapa ~ membaca. kepintaran 1 keadaan atau sifat pintar; kecerdikan; kecerdasan. 2 hal atau sifat mahir; kemahiran: ~nya menenun kain telah menarik perhatian pelancong itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pintar
Rujuk :pandai

Peribahasa

Sudah tua daripada kakak,
     sudah cerdik daripada mamak.

Bermaksud :

Sudah merasa dirinya telah pintar. mamak = abang atau adik lelaki ibu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tajam pisau kerana diasah.Jadi pintar (berani) kerana selalu diajar (diasuh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah tua daripada kakak, sudah cerdik daripada mamak.Sudah merasa dirinya telah pintar. mamak = abang atau adik lelaki ibu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak gerun beliung memandang kampas besar tersergam tinggi.Orang yang kecil tetapi pintar tidak takut akan lawan yang besar. kampas = sejenis pohon kayu yang besar dan keras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas