Satu pintu kalau tertutup, sepuluh pintu lagi terbuka. | Sesuatu perkara yang tak dapat dirahsiakan lagi; berbagai-bagai macam jalan dan usaha mencari rezeki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi. | Sesuatu yang membahayakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berjalan dari pintu belakang. | Tidak jujur, tidak menurut aturan yang sah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beban sudah di pintu. | Anak gadis yang sudah besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai sambau di pintu kandang. | Keadaan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat). (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai sambau di tengah jalan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah kecurian baru mengunci pintu. | Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggantungkan kain kotor di muka pintu. | Perbuatan yang pandir, yang memberi malu diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Teranggit-anggit seperti rumput di pintu. | Kehidupan yang miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah kalah baru berkubu. | Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kecurian baru mengunci pintu, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah lulus maka hendak melantai. | Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang). melantai = memasang lantai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |