Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang. | Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga. | Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pipit itu, pipit jugalah lawannya. | Tiap-tiap sesuatu itu menurut tarafnya masing-masing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang. | Persahabatan atau perjodohan yang tidak sepadan tidak akan selamat; tiap-tiap orang mesti mencari golongannya sendiri, barulah sempurna. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras. | Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pipit yang makan padi, merbah terbawa rendong. | Seorang mendapat kesenangan, orang lain menanggung akibatnya. terbawa rendong = terbawa-bawa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pipit tuli makan berhujan, tak ditahan (dihalau) padi habis, hendak (= bila) dihalau kain basah. | Serba salah jika berurusan dengan orang yang degil: jika dibiarkan jadi rosak, jika ditegur tiada diikuti; serba salah di dalam sesuatu pekerjaan yang sulit, dikerjakan berbahaya, tak dikerjakan berbahaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pipit pekak makan berhujan. | Sangat rajin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pipit meminang anak enggang. | Orang hina (miskin) meminang anak orang mulia (kaya); sesuatu yang aneh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pipit hendak jadi enggang. | Ingin melakukan sesuatu yang melebihi kesanggupan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |