| Pisang sesikat gulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama. | Suka bertolong-tolongan satu sama lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pisang masak separak. | Keluarga yang senang dan berbahagia hidupnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pisang mas di luar, onak di dalamnya. | Mulut manis yang berisi tipu muslihat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pisang ditanam tak berjantung. | Usaha yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berjual pisang kepada monyet. | Berjual dengan memberi hutang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menopang pisang yang tak berbuah. | Usaha yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mendapat pisang terkubak. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Rusa dijumpai tiada dikejar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Takkan pisang berbuah dua kali. | Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Beruk berjumpa pisang masak setandan. | Orang tamak yang memperoleh keuntungan dengan mudah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berbudi bagai pisang lebat. | Seseorang yang beroleh bencana kerana menggahkan dirinya. berbudi = maksudnya: mengggahkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |