Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.cat] | ڤوچت

Definisi : 1. putih pudar (air muka); ~ sepucat-pucatnya pucat sungguh-sungguh; ~ cengkung pucat dan kurus (cengkung); ~ lesi (benehan, kelat, kemasi, kusam, lesu, mani, pasi, pudar) pucat sungguh, pucat sekali; 2. agak putih (warna): merah-merah ~; ~ lesi bagai ayam kena lengit prb rupa seseorang yg lemah dan pucat kerana menghidap penyakit; memucatkan menyebabkan atau menjadi­kan pucat; kepucatan agak pucat; kuning ~ kuning yg agak keputihan (tidak kuning sungguh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.cat] | ڤوچت

Definisi : 1 putih pudar air muka atau anggota lain (kerana takut, terkejut, sakit dsb). 2 agak putih warnanya: merah ~ merah yg keputih-putihan; ~ cengkung pucat serta kurus badannya; ~-lesi, = ~-pasi pucat sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pucat

Puisi
 

Buah putat kukata ulam,
     Bukanlah ulam kulari pulang;
Adinda pucat kukata demam,
     Bukannya demam di hati yang pulang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti mayat ditegakkan.

Bermaksud :

Pucat dan tidak berdaya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pucat lesi bagai ayam kena lengit.Orang yang lemah dan pusat. lengit = penyakit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti mayat ditegakkan.Pucat dan tidak berdaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ayam mabuk tahi.Pucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai orang mabuk gadung.Pucat lesi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai cendawan dibasuh (= disesah).Pucat lesi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ayam dimakan (= kena) tungau.Pucat dan kuning kerana menghidap penyakit; sangat gelisah kelakuannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ayam berak kapur.Rupa pucat kerana menghidap penyakit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti bulan kesiangan hari.Muka yang sangat pucat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas