Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.jian] | ڤوجين

Definisi : pernyataan memuji, kata-kata utk memuji: sambil memandang guru memberikan ~, nasihat dan galakan kpd murid-muridnya; ubat ini sudah mendapat ~ drpd pemakai-pemakainya; doa (sembahyang) ~ Id doa bersama-sama pd petang hari utk memuliakan Tuhan (Roman Katolik); surat ~ surat yg mengandungi pernyataan memuji; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.jian] | ڤوجين

Definisi : kata-kata utk memuji; pernyataan memuji: Engkaulah Tuhan yg semestinya menerima segala ~ dan Tuhan bagi seru sekalian alam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pujian

Peribahasa

Sepahit-pahit mambu,
     kelatnya menjadi obat (ubat).

Bermaksud :

Kadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia. mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Gajah pengangkut lada, kuda pelejang bukit.Anak muda yang menjadi pesuruh orang, kerana pujian-pujian. (Bandingkan dengan: Kuda pelejang bukit). lejang = melompat serta lari.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat).Kadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia. mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dimandikan dengan air segeluk.Pujian yang tidak ada ertinya; pertolongan yang tidak mencukupi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kejap (= kerling) bagai pelitakan padam.Pujian kepada perempuan yang cantik. kejap = kerling, kedip, kelip.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda.Puji-pujian terhadap perempuan yang bagus potongan tubuhnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka.Gembira oleh kerana mendengar pujian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana barang derham, sedia ada suratan Istanbul.Pekerjaan mulia yang telah dilakukan dengan pujian istimewa. derham = wang, Istanbul = kota di negeri Turki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerbau sakit, sapi beroleh nama.Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas, b. Kerbau punya susu, sapi punya nama).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas.Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kerbau punya susu, sapi punya nama, b. Kerbau sakit, sapi beroleh nama). rimbas = perkakas untuk penarah kayu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerbau punya susu, sapi punya nama.Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas