Adat pulau limburan pasang. | Adat hidup ialah bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin dan yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pergi ke pulau batu digalas. | Sengaja mencari kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti batu di pulau. | Amat banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kersik di pulau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau. | Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belayar ke (di) pulau kapuk. | Tidur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tagar di Pulau Sembilan. | Cakap terlalu tinggi dan sombong. tagar = guruh, guntur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kersik di pulau. | Cakap yang tak berkeputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecek bagai ketiak ular). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belayar mengadang (= menentang, menuju) pulau. | Tiap-tiap perbuatan (pekerjaan) mestilah ada tujuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ingin hati memandang (= melihat) pulau, sampan ada pengayuh tidak. | Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada terkajang batu di pulau. | Tiada terlayan kehendak orang ramai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |