Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pung.gur] | ڤوڠݢور

Definisi : batang kayu mati yg tidak ada dahan­nya lagi; ~ rebah belatuk menumpang mati prb jika orang yg jadi pelindung atau penaung jatuh, anak buahnya pun akan merasai akibatnya; bagai ~ rebah prb keadaan seseorang yg ge­muk jatuh; memunggur ark menjadi buruk (kering mati): diharap kasih sayang kita tidak ~ dek kepanasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pung.gur] | ڤوڠݢور

Definisi : batang kayu mati yg tidak berdahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata punggur

Peribahasa

Gagak lalu punggur rebah.

Bermaksud :

Orang besar yang berlaku kurang adil kepada orang kecil, kerana mahu memperlihatkan kekuasaannya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Punggur rebah, belatuk menumpang mati.Apabila orang tempat berlindung jatuh miskin (kalah dan sebagainya), maka orang-orang yang berlindung atau anak buahnya pun akan mendapat bencana juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gagak lalu punggur rebah.Orang besar yang berlaku kurang adil kepada orang kecil, kerana mahu memperlihatkan kekuasaannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai punggur rebah.Jatuhnya orang yang gemuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai nangka masak gugur). punggur = tunggul.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan bersandar di punggur.Tidak ada faedahnya mencari perlindungan pada orang yang sudah tidak ada lagi kekuasaannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pada sangka pohon beringin, kiranya tersandar di punggur lapuk.Pada sangka beristeri (bersuami) orang kaya, kiranya beristeri (bersuami) orang miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas