Kerbau punya susu, sapi punya nama. | Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa. | Manusia hanya boleh berharap, tetapi Tuhan berkuasa berbuat sesuatu yang dikehendakinya. asa = harapan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas. | Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kerbau punya susu, sapi punya nama, b. Kerbau sakit, sapi beroleh nama). rimbas = perkakas untuk penarah kayu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau sakit, sapi beroleh nama. | Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas, b. Kerbau punya susu, sapi punya nama). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada berbulu lagi. | Tiada punya apa-apa lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minta darah pada daing. | Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: Minta darah pada dabung). daing = dendeng. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minta darah pada dabung. | Minta bantuan pada orang yang tidak punya. dabung (berdabung) = berpepat gigi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Meramas santan di kuku. | Minta sesuatu kepada orang yang tak punya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minta dedak kepada orang mengubik. | Minta bantuan pada orang yang tidak punya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Minta darah pada dabung, b. Minta darah pada daing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menakik darah di batu (= di alu). | Meminta sesuatu pada orang yang tidak punya; bekerja dengan sia-sia (bekerja berat, sedikit hasilnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |