Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu. | Bertanya sesuatu yang sudah diketahui. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menanduk dengan papar. | Kekerasan yang pura-pura. papar = rata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hidung dicium, pipi digigit. | Kasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan bagai orang patah selera, banyak makan. | Pura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali. patah selera = tak bernafsu makan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dilahir serupa tidak, dibatin menggunting angin. | Hidup dalam pura-pura; pada lahirnya tidak suka tetapi batinnya ingin mendapat lebih banyak lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. | Pura-pura tidak tahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lempar(kan) batu sembunyi(kan) tangan. | Berbuat jahat kepada orang, lalu pura-pura tidak tahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air). pura = pundi-pundi tempat wang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bermimpi mendapat emas, takkan membuat pura; bermimpi mendapat padi, takkan membuat lumbung. | Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sembunyi-sembunyi puyuh. | Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |