Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ru] | ڤورو

Definisi : 1. sakit patik, Framboestia tropica; ~ bunga belang putih-putih pd kulit tanda akan sakit puru (patik); ibu ~ puru yg besar; 2. sj penyakit kulit; jenis-jenisnya: ~ dedak, ~ jahat, ~ koci, ~ sekam, ~ sembilik, dll; getikkan ~ di bibir prb tidak dapat membenci anak isteri (keluarga) yg buruk kelakuannya; orang yg ~ gatal tubuhnya nescaya meng-garu juga kerjanya prb sesuatu perbuatan yg jahat itu lambat laun nampak juga oleh orang; berpuru menghidap sakit puru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ru] | ڤورو

Definisi : sj penyakit kulit yg mudah berjangkit, Framboestia tropica. ~ sembilik buasir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puru

Peribahasa

Orang yang puru gatal tubuhnya,
     nescaya menggaru juga kerjanya.

Bermaksud :

Sesuatu perbuatan yang jahat itu lambat-laun akan ternampak juga kepada orang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Getikkan puru di bibir.Tak dapat membencikan anak isteri atau keluarga yang buruk kelakuannya. getik = menggetil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang yang puru gatal tubuhnya, nescaya menggaru juga kerjanya.Sesuatu perbuatan yang jahat itu lambat-laun akan ternampak juga kepada orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai lalat cari puru.Membuat sesuatu pekerjaan dengan cepat dan ghairah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lalat memanglah mencari puru.Lelaki yang jahat memang mencari perempuan jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak akan licin katak puru, jika senantiasa berhujan sekalipun.Orang yang memang hodoh, betapa pun diberi perhiasan, namun tiada juga akan menjadi elok.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas