Adat lama pusaka usang. | Adat yang tak berubah-ubah sejak zaman-berzaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat. | Tiap-tiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memahat di dalam baris, berkata dalam pusaka. | Mengerjakan sesuatu menurut aturan yang semestinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memecah damar atau pagu. | Menggunakan wang simpanan atau mengadakan harta pusaka, untuk menambah penghasilan yang tidak cukup. damar = kemiri; pagu = loteng. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertawa dalam perkabungan. | Ahli waris yang bersenang hati dalam masa berkabung kerana akan mendapat harta pusaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |