Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.bu/] | رابوق

Definisi : 1. sj cendawan (jamur); 2. bulu halus-halus yg terdapat pd pokok kabung (utk menghidupkan api dgn pemantik), kaul; 3. sesuatu yg menjadi bibit perselisihan dll; sehabis ~ sehabis putaran prb kerja selesai wang pun habis; spt ~ dgn api prb mudah terjadi perkara yg kurang baik kalau didekat­kan (jika gadis didekatkan dgn teruna). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.bu/] | رابوق

Definisi : Jw baja, pupuk; ~ buatan = ~ garam baja (pupuk) buatan; ~ hijau pupuk hijau; merabuk, merabuki memupuk, membaja: laksana tanaman yg sudah jadi, tidak perlu dirabuk-rabuk, tidak perlu disiram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rabuk

Peribahasa

Sehabis rabuk,
     sehabis putaran.

Bermaksud :

Kerja selesai wang pun habis. putaran = pemantik api.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Memperdekatkan rabuk dengan api.Memberi perangsang kepada sesuatu hal yang kurang baik, misalnya tentang pergaulan bebas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sehabis rabuk, sehabis putaran.Kerja selesai wang pun habis. putaran = pemantik api.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti rabuk dengan api.Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai api dengan rabuk.Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kucing dengan panggang [= balur], b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga.Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, c. Seperti rabuk dengan api). pantang = sesuatu yang terlarang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga.Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Seperti rabuk dengan api). sepantun = seperti, serupa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kucing dengan panggang (= balur).Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai api dengan rabuk, b. Pantang elang dengan ayam, lambat-laun disambarnya juga, c. Sepantun elang dengan ayam, lambat-laun disambar juga, d. Seperti rabuk dengan api). balur = dendang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas