| Sudah tercium baunya. | Rahsia atau kejahatannya sudah mulai diketahui. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berlindung di balik telunjuk. | Rahsia yang tak dapat disembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berdua terkunci, bertiga terbuka. | Rahsia hanya dapat disimpan di antara dua orang saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menyimpan embacang masak. | Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Telah berbau bagai embacang. | Rahsia yang sudah diketahui orang; perkara yang sudah jelas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Taruh beras dalam padi. | Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada beras, taruh dalam padi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai kelip-kelip terbang malam. | Rahsia yang tiada dapat disembunyikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memperlihatkan kurus tidak berbaju. | Membuka rahsia diri sendiri kepada orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tak dapat didamak, dipikat. | Sesuatu rahsia itu jika tidak mungkin didapat dengan kekerasan, hendaklah dengan cara yang lemah lembut. didamak = disumpit; dipikat = dijebak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ada beras, taruh dalam padi. | Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Taruh beras dalam padi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |