Patah kemudi perahu hanyut. | Rakyat yang kehilangan pemimpin akan kucar-kacirlah jadinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah. | Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak kucing menjadi harimau. | Orang miskin menjadi kaya, atau rakyat biasa menjabat pangkat tinggi dalam pemerintahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit. | Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau bertanduk, rotan beronak. | Orang besar-besar kuat kerana kekuasaannya dan rakyat kuat kerana persatuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. | Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit, b. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk [= kancil] mati di tengah-tengah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti anak ayam kehilangan induk (= ibu). | Kesusahan kerana bercerai dengan sahabat yang karib; rakyat yang kehilangan pemimpin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah berjuang sama gajah, pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah. | Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit). (Bandingkan dengan: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng. | Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana kelintung berbunyi, di situ kerbau tinggal diam. | Di mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman, ramai penduduknya. kelintung (kelentong) = genta kayu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |