| Tangguk rapat, keruntung bobos. | Suami pandai mencari wang, isterinya pemboros. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Takkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang. | Perkataan orang besar-besar lebih dipercayai oleh orang atasan daripada perkataan rakyat biasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Benang bercerai-cerai bukannya kain, dek rapat tetal tenunan kain, jarum pun tidak menelusnya. | Ketangguhan bersatu padu. tetal = padat; telus = celus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang. | Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tangguk kedap orang Kelang. | Terlalu kikir. kedap = rapat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memukul kucing di dapur. | Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Melukah ikan dalam panai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Melukah ikan dalam panai. | Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melakak kucing di dapur, b. Memukul kucing di dapur). panai = kolam kecil biasanya di depan perkarangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Melakak kucing di dapur. | Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melukah ikan dalam panai, b. Memukul kucing di dapur). melakak = memukul dengan barang keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang. | Kalau sengaja mencari perselisihan maka hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang. | Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |