Rasa termengkelan di hati. | Merasa musykil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rasa tak mengapa hidung dikeluani. | Orang yang membiarkan dirinya diperbodohi orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rasa pedih cuping telinga. | Marah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan. | Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Tali jangan putus, kaitan jangan serkah). (Bandingkan dengan: Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bak rasa di liang lahad. | Dalam kesempitan. lahad = lubang kubur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai rasa batang pisang. | Tubuh seseorang yang terlalu dingin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Turutkan rasa binasa, turutkan hati mati. | Orang yang menurutkan kemahuan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi. | Tiap-tiap suatu pekerjaan itu hendaklah dengan sempurna baik pada rupa, pendengaran dan perasaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bak rasa ubi pula gadung. | Orang miskin melakukan dirinya seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak rasa kuda pula kukuran). gadung = ubi hutan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tali jangan putus, kaitan jangan serkah. | Menyelesaikan sesuatu perkara (sengketa) hendaklah dengan seadil-adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berpuas hati. (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |