Marahkan tikus rengkiang dibakar. | Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Benci akan mencit seekor, rengkiang disunu. | Sebab takut akan bahaya yang kecil keuntungan yang besar dibuangkan. mencit = tikus; rengkiang = lumbung; sunu = bakar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah. | Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan tikus rengkiang dibakar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |