Ada umur ada rezeki. | Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada nyawa ada rezeki). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada nyawa ada rezeki. | Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada umur ada rezeki). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada hari, ada nasi. | Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada nyawa ada rezeki, b. Ada umur ada rezeki). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar. | Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rezeki elang tak akan dapat dimakan oleh musang (= burung pipit). | Rezeki seseorang tidak akan dapat direbut oleh yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mara jangan dipikat (= dipukat), rezeki jangan ditolak. | Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan memangku ayam jantan, baik memangku ayam betina. | Rezeki yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang haram. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berair kerongkongan. | Mendapat rezeki. kerongkongan = pembuluh nafas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rongkongan menghadap mudik. | Mudah mendapat rezeki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rongkongan menghadap hilir. | Sukar mendapat rezeki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |