Rindu akan jadi batasnya, maka manis tidak jadi cuka. | Pergaulan yang terlalu mesra, kerap kali berakhir dengan dendam kesumat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat muda menanggung rindu. | Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana jentayu menantikan hujan. | Sangat rindu. jentayu = burung garuda yang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putih mata kerana memandang. | Menanggung rindu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Retak pertujuh. | Hati yang sangat rindu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersarak serasa hilang, bercerai serasa mati. | Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati. | Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Api makan sekam (= dedak). | Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti api makan [= dalam] sekam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mandi tak basah. | Orang yang keras hati; terlalu rindu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti api makan (= dalam) sekam. | Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Api makan sekam [= dedak]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |