| Biar genting jangan putus. | Biar rugi sedikit jangan rugi banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Biar senget jangan tertiarap. | Lebih baik menderita rugi sedikit daripada rugi banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sayang garam sececah, busuk kerbau seekor. | Kerana takut rugi sedikit, akhirnya jadi rugi banyak. sececah = sepalit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sayang rugi membeli tali timba, air setitik tak dapat. | Kerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jerih menentang boleh, rugi menentang laba. | Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rugi menentang laba, jerih menentang boleh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rugi menentang laba, jerih menentang boleh. | Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerih menentang boleh, rugi menentang laba). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sayangkan titik, tak sayangkan tumpah. | Si bodoh yang kikir takut akan rugi yang sedikit, tetapi tidak kira akan rugi yang banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencencang memampas, membunuh membangun. | Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Merebut merampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah encang memberi pampas). (Bandingkan dengan: Yang mencencang memampas). pampas = ganti rugi; membangun = denda, ganti rugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum tahu laba rugi. | Belum tahu baik buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni. | Persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek, b. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |