Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rumput (kata nama)
Bersinonim dengan lalang, sere, dukut, jukut;,
Kata Terbitan : merumput,

Puisi
 

Anak babi memakan siput,
     Siput bercampur batang keladi;
Kasihkan padi buangkan rumput,
     Kasihkan rumput buangkan padi.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Jikalau kasihkan padi,
     buanglah rumput.

Bermaksud :

Jika kasih akan anak isteri, berhentilah daripada mengasihi orang lain. (Bandingkan dengan: a. Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput, b. Kasihkan padi buangkan rumput-rumput).

 

Lihat selanjutnya...(27)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kasihkan padi buangkan rumput-rumput.Jika kasihan anak isteri, hendaklah berhenti daripada mengasihi perempuan lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput.Jika kasih akan anak isteri, berhentilah daripada mengasihi orang lain. (Bandingkan dengan: a. Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput, b. Kasihkan padi buangkan rumput-rumput).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rumput mencari kuda.Perempuan yang mencari lelaki. (Peribahasa lain yang sama makna: Perigi mencari timba).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali.Orang melarat mendapat pertolongan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga.Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput.Jika hendak hidup rukun, berilah layanan yang baik kepada anak isteri sendiri. (Bandingkan dengan: Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar.Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Embun di hujung rumput.Tiada kekal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencari penjahit dalam rumput.Pekerjaan yang mustahil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti sayur dengan rumput.Banyak bezanya; berlainan benar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas