Rusa ditembak, kijang yang kena. | Lain yang dituju lain pula yang didapat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rusa dijumpai tiada dikejar. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rusa di hutan, kancah sudah dijerang. | Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Burung terbang dipipiskan lada, b. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati rusa kerana tanduknya. | Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati kuang kerana bunyi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi. | Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati kuang kerana bunyi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti rusa masuk kampung. | Tercengang-cengang kehairanan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau terkejut oleh gong). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti rusa kena tambat. | Tidak tetap duduknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah mati kerana gadingnya. | Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harimau mati kerana belangnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kasturi mati kerana baunya. | Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Harimau mati kerana belangnya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya). kasturi = tikus kecil yang harum baunya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati kuang kerana bunyi. | Mendapat bencana kerana perbuatannya atau kerana sesuatu yang menjadi kemegahannya, (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, d. Mati rusa kerana tanduknya). kuang = burung kuau. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |