Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kulit yg berserat (kulit nyiur, pinang, dll); bongkok ~ (orang yg) bongkok spt sabut kelapa (kerana tua dll); tali ~ tali yg dibuat drpd sabut; untung ~ timbul untung batu tenggelam prb kalau ada untung baik, diperoleh baik dan begitu juga kebalikannya (untung-untungan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sabut (kata nama)
Bersinonim dengan kulit berserat, tepes.,

Puisi
 

Limau manis condong ke Kerling,
     Tali sabut anyam berdiri;
Tuanlah manis duduk menjeling,
     Saya menyebut setiap hari.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Kerana sabut tebal,
     tempurungnya pun menjadi kebal.

Bermaksud :

Orang yang banyak kaum keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kelapa tebal sabut, terhempas ke batu tak pecah, dibuang ke laut tak tenggelam.Orang yang ramai anak cucunya, dikasihi oleh kaum kerabatnya, suka tolong-menolong, maka selamatlah hidupnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal.Orang yang banyak kaum keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Asal sabut terapung, asal besi tenggelam.Untung-untungan; kalau bernasib baik tentu selamat, kalau bernasib malang tentu jatuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai parang buruk, tali sabut tiada tergolok.Tidak berkuasa melakukan pekerjaan kerana terlalu lemah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Beban berat senggulung batu.Tanggungan yang sangat berat. senggulung = kain (sabut dan sebagainya) yang digulung dan ditaruh di kepala untuk mengganjal barang yang dijunjung.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas