Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lang.kan] | سالڠکن

Definisi : sedangkan, meski-pun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salangkan

Peribahasa

Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi.

Bermaksud :

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Salangkan tak hujan becak, inikan pula hujan.Sedangkan tidak melakukan kejahatan telah dituduh, apatah pula kalau benar-benar melakukannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi.Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Salangkan (= sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang.Sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; sedangkan waktu makmur tidak senang, apalagi waktu susah. salang = selang, sedang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk.Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Senduk dengan belanga lagi berlaga.Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c. Senduk dan periuk lagi berantuk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Senduk dan periuk lagi berantuk.Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas