| Menimbang (= mengati) sama berat, mengukur sama panjang. | Hukuman yang tiada berat sebelah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Diuji sama merah, ditahil (= dikati) sama berat. | Sudah sepadan benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dikati sama berat, diuji sama merah. | Pangkat atau kedudukan yang sama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bersukat sama paras, bertimbang sama berat. | Sama setaraf. (Peribahasa lain yang sama makna: Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ringan sama menjinjing, berat sama memikul. | Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Berat sepikul, ringan sejinjing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berat sepikul, ringan sejinjing. | Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong. (Peribahasa lain yang sama makna: Ringan sama menjinjing, berat sama memikul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. | Suka duka sama-sama ditanggung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bak ajung berat sebelah. | Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai limau masam sebelah, b. Bagai perahu karam sebelah). ajung = jung, sebangsa kapal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai membelah betung. | Pendirian yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Memijakkan betung sebelah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Memijakkan betung sebelah. | Pendidikan yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai membelah betung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |